Thursday, December 23, 2010

majlis cukur jambul "hero" kami

salam allz...

affan nazran da berusia 2 bulan 6 hari..seronoknya ble tengok anak membesar depan mata. walaupun banyak cabaran dan liku-liku perubahan yang aku dan en.suami alami, tapi alhamdulilah,kami masih tersenyum bahagia setiap hari.

esok..insyaAllah nak buat cukur jambul di Kuala Kangsar.

advise aku untuk ibu-ibu yang bakal bersalin..persediaan yang paling penting bukan untuk bersalin sahaja tapi mental preparation selepas bersalin. dua minggu yang pertama, everything looks very completed. especially ble badan masih sakit, berjalan pun tak boleh, anak nak kena jaga, rest mmg tak pernah cukup sejak ari pertama baby lahir.trauma sakit bersalin pun ada jugak tau..tapi semuanya akan kembali normal selepas itu, tambah-tambah ble badan kita da kuat.so..dun wori so much. if you think you need to cry, just cry.sebab hyperstress after delivery bole cause condition yg lebih teruk. so..selawat banyak2 n mohon pada Allah :) sebelum bersalin dulu, memang aku rasa apsal la nak stress2 pas bersalin.kan best tu dapat baby..comel, cute,hehe. tapi lepas aku rasa sendiri..baru aku faham kenapa n plz..its normal for normal lady,heee..

walaupun masa tdo skunk hanya separuh dari masa tido sebelum ni..tapi aku bahagia bergelar ibu.

salam..

Friday, October 22, 2010

Our little prince..alhamdulilah :)



Affan Nazran bin Mohd Nubairi
18/10/2010
2.20 pm
Damansara Damai Medical center

Syukur Alhamdulilah atas kurniaan Allah untuk aku dan suami. tak tergambar dengan perkataan dan tak terucap dengan kata-kata hadiah yang Allah anugerahkan untuk kami. semoga kasih sayang kami sekeluarga akan kekal untuk selamanya..syukur ya Allah.

Sunday, October 17, 2010

terima kasih daun keladi..hikhik




jeng..jeng..jeng

ni la hasil gabungan baby court dan tilam baby court yang di import dari Melaka dan Perak..huhu.

terima kasih banyak-banyak kepada mak ayah kuala dan melaka atas sponsorship yang diberikan.lepas ni giliran adik-beradik plak sbb stroller tak beli lagi..haha.da nampak yang berkenan tadi..

tak sabar rasanya nak guna baby court ni..hee. sayang, cepat la keluar :)

Saturday, October 16, 2010

lunch & dinner di rumah..

menu hari sabtu..

Ayam goreng rempah dan ikan bawal masak taucu..

suka ble tgk en.suami makan dgn penuh berselera,hehe.kesian en.suami sbb da seminggu makan kat luar jer,lagipon nnt aku nak berpantang lama..ari2 en.suami kena makan luar.jadi,aku akan mengagahkan diri untuk masak apa yg patut weekend ni.masak yg simple2 je,yg penting masak sendiri..huuu..

Thursday, October 14, 2010

"ble anak ayah nak kuar ni..ayah da tak sabar da"

Ni la yang hari-hari aku dengar dari en.suami..da tak sabar nak jupe 'anak ayah' dalam perut aku ni,huuu. ari sabtu lepas, dia beli pistol tembak2 sebabnya ble anak keluar nanti,senang da ada banyak mainan..ermm, ye la tu sebab sedar2 dia da main dulu..huhu :)

klau ikutkan kiraan EDD, minggu ni da 38 minggu. isnin depan da 39 minggu..aku mmg asyik membilang ari jer. kalu bole, rasa nak jer cepat2 bersalin sebab rupanya da hujung2 ni..mcm2 rasa sakit plak aku rasa. memula dengan jangkitan kencing kotor (dr kata sebab baby aku besar, so ada back flow sket),sakit belakang belah kiri ni memang serius tak tipu, sakit sangat2. rasa macam nak pitam pon ada..ble aku da amek antibiotik,alhamdulilah..banyak da reduce. tapi skunk aku da stat sakit ari-ari, sakit pinggang..especially ble duduk lama2,nak bangun tu..sume bahagian la sakit.huuu.

member2 aku kat opis ni sume macam da tak sanggup tengok aku terhuyung-hayang bawak perut yang mmg besar ni..orang tgk pon mengah,hehe. siap ada yg offer nak sediakan troli kalu aku da tak larat jalan..hahaha :)

last two week, doc kata baby aku bole tahan besar jugak.waktu tu..berat baby da 3 kg and aku still ada lagi 4 minggu before EDD. baby biasanya akan membesar dalam 200 gram setiap minggu, so doc estimate dalam 3.8kg on the EDD. Doc kata baby with 3.6kg and above da declare as baby besar..huhu..

suprisingly, last week check up..my baby da 3.4kg..huuu, meaning my baby naik 400gram per week :) esok next check up..tak sabar rasanya nak tahu berat baby. tapi this week aku da tak minum susu and makan obimin,harap2 tak banyak sgt pertambahan macam minggu lepas sbb doc kata, baby besar ada risiko untuk caesarean.

apapun..kalu da takdir, nak wat cena kan..mak pun cakap, redha jer la sebab Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. yg penting, aku harap proses bersalin aku dipermudahkan walau dalam mana cara sekalipun. berdebar?? sangat-sangat..tapi tak bole nak express. lagipun, da hujung2 ni..kena jaga B.P, tak bole stress..jadi bayangkan yg indah2 jer..huhu.

so..doakan la semoga aku cepat dan selamat bersalin. tak sabar da nak jupe anak mak & ayah ni..huuuuu.

Monday, September 6, 2010

meaningfull wishes..

Thank you so much for the meaningfull wishes for my birthday..
I need nothing except your love, trust and thought..
I'm gratefull for all the endless happiness..alhamdulilah :)
it is my hope that we will never change through the passage of time..
insyaAllah..


from your wife..

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Pejam celik..pejam celik..da dekat nak raya rupanya :) lagi 6 hari berakhirlah bulan Ramadhan dan bulan Syawal pon akan menjelang tiba. alhamdulilah..

macam-macam perasaan ada, bercampur-baur. excited sebab ni merupakan kali pertama aku beraya dengan en.suami, raya pertama bergelar isteri dan raya pertama sebagai bakal ibu untuk anak yang da berusia 8 bulan dalam perut aku skunk ni :) terasa syahdunya ble terpk betapa besar rahmat Allah untuk aku sebab dapat beraya bersama org2 yg paling bermakna dalam hidup aku.

sedin pon ada jugak sebab buat pertama kali dalam hidup aku..aku tak beraya dengan mak ayah aku sbb tahun ni giliran beraya di rumah mertua.tak tau la keadaan aku cena pagi raya tue..huuuuu.kalu terpk skunk ni jer pon, aku da rasa sebak2 da..over kan :)takperla..second day tu aku akan cover makan ayam golek..nyum,nyum. jangan ada yg kat umah tu tibai sume da la..

semoga syawal yang bakal menjelang tiba ni akan membawa sinar kebahagiaan dan kesejahteraan untuk kami sekeluarga..aminn.

Monday, August 16, 2010

hari ke-7 berpuasa :(

salam ramadhan..

hari ni masuk hari ke-7 berpuasa. alhamdulilah..6 hari yg sebelum ni aku dapat merasa nikmat berpuasa dalam bulan ramadhan.tak tergambar nikmatnya ble dapat pg bazar ramdhan, berbuka ble masuk waktu maghrib :)syukur sebab Allah permudahkan puasa aku selama 6 hari tu. apatah lagi, tahun ni pertama kali aku berpuasa bersama en.suami sebagai suami isteri :)

tapi masuk hari yg ke-7 nie, pas sahur..mandi..sembahyang subuh..aku da mula terasa dahaga yg teramat sgt. selalu tak pulak aku rasa ceni. dalam kereta tadi aku cuba tahan, sampai opis pon cuba tahan sejam. tapi dahaga sgt2..dahaga yg tak dapat ditahan2 padahal sahur tadi aku da minum banyak air. en.suami da pesan suh berbuka kalu tak larat. so,dengan berat hati..aku terpaksa la berbuka tadi, sob..sob..

punah harapan aku nak berpuasa penuh ramadhan ni.aku beli 100 plus, dengan dua kali minum jer aku habiskan setin air tu + separuh air mineral. ntah apa yg aku dahaga sangat tak tau la .

aku harap esok..aku akan dapat berpuasa seperti biasa.semoga Allah permudahkan perjalanan puasa aku esok..aminnn.

Monday, August 2, 2010

susah hati..

susah hati...
susah hati..
susah hati..
en.suami baru bitau yang dia kena outstation ke penang rabu ni. ada court case, kena sampai before 8.30 pg which means dia akan naik bus malam dari KL. adoii..susahnya hati :(

yang pertama - kena tido sorang-sorang. da la aku ni penakut..tambah2 baru lepas kejadian org mati jatuh apartment kt umah aku tue.
yang kedua - cena aku nak pg keje nie?? keta..aku plak takder lesen. naik public transport..aku da sah2 tak larat dgn perut yang memboyot ni. plak tu naik komuter, kalu naik lrt..bole tahan lagi.
yang ketiga - hopefully en.suami sempat sampai KL petang tu supaya bole amek aku kat opis. kalu tak, aku kena naik LRT n komuter la nak balik umah.

tu la yang susah ati tue..bole mintak tolong abg / budak opis. tapi ble bab2 nak menyusahkan org ni la yg aku lemah sket. malas betul nak mintak tolong..kdg2 da tebal muka :(

sob..sob..

Monday, July 26, 2010

anak kami sudah seberat 1.15kg :)

semalam lepas balik keje, terus gerak pg DDMC. tak sabar betul nampaknye en.suami nak tengok baby dalam perut :)sampai sanggup tahan perut yg da berkeroncong..

dalam pukul 8.30pm camtu, doc pon panggil aku masuk..berat naik 1.5 kg ( doc kata still ok,huhu), blood pressure ok, gula pon ok..alhamdulilah. pastu saat yg ditunggu2pon tiba ble doc suh pg scan. ble doc letak jer alat tu atas perut aku..jeng,jeng..aku bole nampak kepala baby,pinggang, perut, peha n yg paling best tu ble doc focus kat muka dia.aku bole nampak mata,hidung, mulut anak kami:) aku rasa syahdu sgt sbb tak sangka baby da besar dalam perut.da nampak muka dia..maha berkuasa Allah s.w.t yang menciptakan manusia, yang membolehkan ada nyawa lain dalam perut aku. masyaAllah..

aku bersyukur sbb semuanya ok..cuma doc suh carefull sbb baby aku macam besar sket.sepatutnya berat ideal dalam 800g tapi da reach 1.15kg. so, skunk ni aku kena kurangkan makan makanan manis dan bergula :)

rasa macam nak nangis ble tgk anak kami sihat dan "happy" dalam perut aku..walaupon aku da mula rasa takut nak bersalin, tapi ble tgk baby semalam..rasa tak sabar plak nak beranak,huhu..

alhamdulilah..

Wednesday, July 21, 2010

i rather be d 1st than d 2nd..ye ker?

kenapa erkk aku tetiba rasa macam nak letak tajuk tue? apa yg relevant nya dalam episod hari2 aku?

memang banyak tapi susah jugak nak sebutkan satu2..tapi yg pasti, ada kelebihan ble jd yg pertama n at d same time, ada jugak kekurangan. kdg2 manusia perlukan perhatian tapi ada manusia yg sgt2 perlukan perhatian. tapi cena nak dapat perhatian? being the 1st in the row, u will get the first & full attention, being no 2,3,4 etc..attention selalunya makin berkurangan sbb attention yg sket tue perlu dibahagi2kan.

aku? ermm..bukan gler perhatian n takan pernah demand utk perhatian yg berlebihan sbb hidup ni bukan kita sorang. everything need to be shared equally. tapi ble kita kena berdepan dgn org yg suka perhatian, macam mana kita nak bertindak? jadi macam mereka2 itu atau remain macam biasa. itula dilema aku sekarang..ikutkan hati, mmg rasa mcm nak fight tapi apa yg aku dapat? kan..kan..

tapi adat dunia..siapa yg dapat perhatian, akan dapat byk kelebihan dalam apa yg dia kejar. so..tepuk dada tanya selera,huhu.

aku lebih senang macam ni, yg penting..aku bahagia,hehe :)

Tuesday, July 13, 2010

aduhaii..sabar jer la

memang tensen betul time dapat instruction kena pg seminar kat putrajaya..huuuu. seriously, i dont mind going lagipon,keje..kena la pg jugak. tapi paling stress ble pk cena aku nak pg ke putrajaya tue.

first day tu mabe ok la sebab pegi, en.suami tolong hantarkan. balik tu aku just kena tahan taxi or call taxi utk amek aku kat presint 4. tapi yg second day tue..en.suami ada court case kt shah alam yg mana dia kena attend paling lambat kul 8.30 pg. habis tue, cena aku nak pg putrajaya ni. last solution aku memang kena naik public transport la..confirm penat gler.da la dengan perut yg makin membesar ni..huhu.

nak salahkan sape erk?? tue la..sendiri yg takut bawak keta, kalu tak..kan senang. ni la yg buat aku rasa cam nak stop jer keje. tak buat kang..rasa bersalah plak. kalu kena buat plak, memang penat la badan aku ni.

cari rezeki..sabar jer la..

Wednesday, July 7, 2010

Klinik Kesihatan ooo..klinik kesihatan

uishh..berpeluh2 aku dan en.suami menunggu di klinik kesihatan hari ni semata - mata nak buat check up untuk bukak buku merah. bukan dapat jupe doctor pon..tapi nak menunggu giliran tu..masyaAllah, memang tahap kesabaran aku cukup teruji. (tapi en.suami aku mmg sabar..aku plak yg marah2 lebih dari dia,haha)

aku sampai 7.50 pg dan aku keluar dari klinik tu tepat pukul 11.40pg..nasib baik masih pagi tau, kalu da masuk tenghari..memang aku EL la.

alhamdulilah, baby aku ok cuma nyer yg cukup aku stress ble nurse tu kata perut aku da merekah..waaa,tensen!tensen! mesti buruk gler nanti..da la badan macam dipam-pam,huuuu (kesian en.suami dapat isteri yg ceni kan..sob,sob)

and the best part was..when they asked me to come again next monday for teeth checkup. what say you?? confirm la aku takan datang kan..mau mengamuk bos aku kat opis kalu tiap2 minggu aku cakap nak pg check up..hahaha!!

so..pasni mmg aku gi tempat biasa tu jer la..kan abang??

Friday, July 2, 2010

jumaat yg menbahagiakan..

bahagia betul bila hari jumaat tiba..nak pegi kerja pon semangat jer,hehe :)walaupon hari jumaat takder beza dengan hari2 kerja lain..tapi biasanya aku akan mentally prepared to received any instruction or kena ngadap insan-insan yg berkemungkinan akan marah aku..haha.

kalu kena tibai sekalipon dgn superior..tak kisah la sbb aku tak payah nak ngadap muka dia 2 ari. sekurg2nya, kalu dia nak marah pon mesti da tak sama mood,huuuu...

plan esok??..balik melaka sebab kenduri..so, plan nak gerak pagi-pagi dari KL (en.suami kata tak payah mandi pon takper..yuhuuu!!). da sampai melaka,cepat-cepat siap,mandi n tukar baju dan bersedia ke masjid tanah (kampung ayah mertua ku).

lepas habis kenduri..mabe nak rehat sekejap kat umah and pastu, pergi shop brg baby sket. yg best dekat melaka ni, tempat shopping banyak and tak crowded sgt macam kat KL. so, aku bebas nak membeli dengan bahagianya..hehe.

so..looking forward for a wonderful weekend..haha :)

Monday, June 28, 2010

sudah 23 minggu la..

lama tul rasanya tak update blog..sibuk dengan "pertukaran" kerja, sibuk dengan pertukaran tubuh badan dan sibuk dengan segala-galanya.

dalam sibuk-sibuk aku n en.suami, semalam sempat jugak dia temankan aku pegi check-up dengan doc Kamal kt DDMC. kalu ikutkan, semalam genap 23 minggu usia anak dalam kandungan aku :) rasa macam tak percaya sbb by end of this week..da nak masuk 6 bulan!! maknanya ada lagi 3 bulan..uisshh, kalu pk2 mmg bole takut. yer la, aku sendiri tak bole nak expect sakit yg aku akan rasa.bila doc kata nex month nak kena cucuk pon aku da macam ngeri, ntah cena la time bersalin sok..huhu.

alhamdulilah, doc kata setakat ni perkembangan baby ok,selari dengan usia dia. berat baby pon da 541 gram. yang paling eppy...(especially en.suamiku), doc kata prominent baby boy :) bagus jugak sebab biar dia jadi abg yg bole menjaga adik2 dia kelak..huuuu. lagipon, belah en.suami..ni cucu,cicit sulung. untuk belah aku plak..ni second cucu tapi 1st cucu lelaki.

syok sangat dapat tgk baby dalam perut..aku da bole nampak dia gerak, da bole dgr heartbeat dia yg lagi laju dari heart beat aku. pastu, aku da bole tgk tgn n kaki dia move. insyaAllah, kalu ada rezeki lebih..aku da mintak permission dkt en.suami utk scan 4d kalu baby da 8 bulan nnt.

preparation??

setakat ni aku da beli sket2 sebab aritu ada sale. memang gler kalu pg tgk baju baby ni, kalu bole setiap kali tgk..tiap kali tu la aku nak beli. mabe awal lagi utk certain pregnant mummy nak beli, tapi sbb aku pk..dengan badan yg da bertambah berat ni,kalu da 7 bulan..ntah berapa lama la aku tahan nak berdiri lama2 dalam shopping complex tu. so, aku decide beli sket2 dari skunk,hehe..

nama baby??

ermm, belum finalize lagi walaupon da ada few names dalam list. aku serahkan dekat en.suami untuk cari nama anak sebab kalu ikut hadith,salah satu dari tanggungjawab seorang ayah adalah memberikan nama yg baik untuk anak :)lagipon, mesti en.suami akan cari nama yg best2 untuk anak kami nanti..

doakan yg terbaik untuk aku & en.suami..insyaAllah :)

Monday, April 26, 2010

anak kami..

alhamdulilah..sedar tak sedar da masuk 13 minggu usia kandungan aku :) memang rasa tak percaya ble tengok perut aku semakin membesar dari dulu,hehe. sekarang ni malam2 jer aku da rasa sakit perut, mabe rahim makin mengembang. tapi sebab ngantuk n penat punya pasal..aku belasah jer la tdo.

tapi yg paling kesian kat mr.hubby aku la..tiap2 malam mesti dia sejuk melampau sbb aku pasang kipas laju + stand fan mengadap muka aku,huhu..aku pon pelik kenapa aku rasa panas sgt, tapi mak aku cakap..mmg preggy women akan rasa lebih panas dari sebelum pregnant..sori yer sayaangg :)

malas nak wat keje kat opis pagi tadi..aku pun cari la kat internet macam mana perkembangan baby dalam perut aku nie. tak sabar rasanya nak pg scan next week,hehe..so, aku share kat sini perkembangan baby aku erk :)









Your infant is about 2.91 inches (7.4cm) and weighs around 0.81 ounce (23gm) - This is about the same weight as 4 quarters.
If you could peek in again you may spot your baby as he begins to practice inhaling and exhaling movements
Eyes and ears continue to move and develop
Baby's neck is getting longer, and the chin no longer is resting on his chest
Her hands are becoming more functional - Your baby may find it comforting to start playing with her fist.
At this point all nourishment is received from the placenta
On your next doctor visit you should be able to hear heartbeat with a Doppler by now - (Don't worry though if you can't, the heartbeat can be confirmed through U/S). Your baby's heartbeat is much rapider than your own and may remind you of the race towards birth that he is running!

waaa..tak sabar rasanya ble tengok perkembangan baby aku nie. aku n mr. hubby harap dia akan membesar dengan sihat dan sempurna :)

sincerely..we love our baby so much!!

Sunday, April 11, 2010

Peranan Suami ketika Isteri Mengandung

1. Kongsi maklumat kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah.

Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.

Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri.

Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.

Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda.


2. Jaga pemakanan isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya.

Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya.

Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu.

Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.

3. Hindari stres
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah.

Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.

Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil.

Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.

4. Temani berjumpa doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai.

Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.

Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan.

Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.

Adab-adab isteri terhadap suami ketika sedang mengandung

•Mentaati, menghormati dan mengasihi suami
•Jika terasa hendak memarahi suami, tahan perasaan itu dan bertenang serta bersabar
•Tidak cerewet dan membuat banyak kerenah terhadap suami dan rumahtangga
•Jaga perasaan, jangan sampai mencintai orang lain selain suami, kerana nanti bakal melahirkan anak yang curang dan suka berasmara serta bergaul bebas
"nauzubillah..."
•Jaga lidah, jangan mengumpat, mencaci suami atau keluarganya atau orang lain
•Jaga mata daripada melihat lelaki lain selain suami. Jangan keluar rumah tanpa izin suami
•Menghargai pendapat, nasihat dan pandangan suami serta ibu bapa suami
•Jangan meminta perkara yang tak mampu disediakan suami
•Sentiasa meminta kemaafan daripada suami

" Panduan untuk diri sendiri dan suami...semoga aku dapat terus perbaiki kelemahan diri.."

Tuesday, April 6, 2010

tak habis2 loya and mabuk...

uishhh..stress jugak aku sepanjang arini. asyik loya and mabuk jer, sume pon aku bau rasa busuk sangat especially fud..
perut plak berangin tak stop2..rasa nak keluar tapi tak keluar,aduyaii....
tak tau la cena aku nak naik lrt 40 min nie..naik lift 4 minit pon aku rasa cam nak pitam...adooiii.. :(
cepatla sampai umah..aku nak rest sgt2 da nie..huhu

Friday, April 2, 2010

projek masak-memasak ketika annual leave

since aku preggy nie..jarang bangat aku masuk dapur. dulu,pantang cuti jer..mula la aku wat eksperimen mcm2 kat dapur tue. tapi skang nie, aku rasa bau dapur n peti ais sangat pelik dan memualkan..yerkk!!

sian kat suami aku..hari2 kena makan kedai :( ("sowyyy darling")

tapi semalam..ntah macam mana aku ada semangat nak masak plak. so..apa lagi, aku amek kain tudung, ikat kat hidung..dan barula aku bole masak dgn tenang (bak kata adik aku, da macam ninja,hehehe)

so..menu semalam, kari daging, ikan kembung goreng garing2, goreng ikan masin sepat dan tak ketinggalan, sambal belacan..pergghhhh, memang layan habis :)

Since aku masih bercuti hari nie, lunch tadi aku sempat la masak yg simple2 untuk aku & adik..ayang goreng & sambal ikan bilis kentang.

aku harap2 perasaan mabuk yg teruk nie akan hilang ble aku masuk 3 bulan nnt..huuuuu,perut aku besar macam da 4,5 bulan..ramai yg tak percaya ble aku cakap baru 2 bulan,hehe..

so..itu jer cta utk hari nie.

p/s : al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi..

Tuesday, March 30, 2010

exhausted..tired..fatigued..

macam2 penat yg aku rasa lately ni..

a)PENAT TUBUH BADAN-jalan banyak sket, kerja berat sket, angkat barang sket, kurang tido & rest,panjat tangga byk2 kali..sume wat aku penat. padahal sebelum nie aku ok jer, da banyak lemak agaknyer..hehe

b) PENAT MIND- keje opis lagi, keje umah lagi etc..memang penat!!sume nak kena pk..

c)PENAT HATI- hati aku penat jaga hati orang..kdg2 nak jugak rasa org jaga hati kita,huhu. demanding? sensitif? fitrah manusia terutama ble wujud yg (a)&(b) tue.

so..minggu ni adalah minggu yg penat! hopefully..nex week sume akan jadi normal semula..huhu.

:)

Thursday, March 18, 2010

BBQ RESTAURANT..

jom cuba ramai-ramai..berdekatan dengan DAMANSARA DAMAI MEDICAL CENTER. RM15 p/head.. ALL you can eat :)

HOME MADE RECIPES...

alhamdulilah..syukur atas nikmatNya

alhamdulilah..aku dan suami sgt2 bersyukur ble aku disahkan mengandung 4 minggu. macam tak percaya ada nyawa lain dalam perut aku :) semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..

btw, untuk bakal-bakal ibu yg lain..aku pon rasa macam yg korang rasa sekarang nie. tiap2 bulan ternanti2 samada lekat ker tak..memang tensen ble tup tup, uzur plak bulan tue..

tanda-tanda awal yg aku bole share..peningkatan suhu badan. dalam satu website yg aku baca, few days after ovulation day kita, suhu badan akn terus meningkat n suhu tue takan turun2 da sampai la kita bersalik sok. so, 2 hari selepas masa subur sehingga la disahkan hamil..suhu badan aku memang agak tinggi and badan pon rasa demam tak demam. tapi kalu tanda-tanda lain tue tak rasa sangat sbb aku dapat tau tu pon awal lagi, baru 4 minggu. tapi ble masuk minggu ke 5 & 6, memang loya, letih,etc tu da start rasa da..perghh, memang mencabar tau :)

tapi..bak kata mak aku..segala macam kepayahan dan kesulitan yg kita alami selama mengandung nie ubatnya satu jer..sentiasa redha dan nikmati saat2 nak bergelar ibu nie.aku pon masih blaja untuk sesuai kan diri dgn keadaan baru (sbb sume yg aku suka makan aku da tak suka walaupon setakat terbayang jer..hehe.)

waa....rindunya nak makan pajeri nenas...huhu :)see yaa..