Sunday, June 10, 2012

saya sangat rindu saat mengandung...

saya ingin sangat mengandung lagi.. tak sabar rasanya untuk menerima cahaya mata lagi :) semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga untuk menerima kehadiran baby baru. lepas gugur aritu, aku excited sangat nak mengandung lagi tapi dalam masa yang sama, takut pon ada. takut kandungan aku bermasalah dan menyebabkan keguguran lagi sekali. "ya Allah..permudahkanlah rezeki kami sekeluarga, berikanlah kami zuriat yang soleh dan solehah untuk mereka beriman kepadaMu" insyaAllah..doaku setiap hari :)

Wednesday, June 6, 2012

mencari bahagia pada sesuatu yang tidak sempurna

perkahwinan pada aku adalah perkongsian hidup .. perkongsian tersebut adalah melalui segala-galanya..duit ringgit, susah, senang, yg pahit,yg manis, sakit, pening,perasaan mahupun tanggungjawab. bila bergelar isteri, mencari kebahagiaan adalah bermaksud kebahagiaan bersama suami dan anak2. mencari kebahagiaan adalah memberi dan menerima bahagia yg mana kedua-duanya harus seimbang.Hubungan suami isteri adalah dua hala..berpihak pada satu, tak mungkin akan seimbang. bila terlebih memberi dan kurang menerima..sebagai manusia biasa, tak lepas dari mempersoalkan kebahagiaan. bahagia ke aku? dihargaikan aku? pentingkah aku? masihkah ada lagi perasaan yang sama seperti dahulu atau sekadar memenuhkan tanggungjawab yang telah dipikul sejak dari awal? manusia tak pernah sempurna..takkan ada manusia yang sempurna.tapi manusia harus belajar untuk menjadi sempurna sekurang-kurangnya untuk pasangan. sempurna dimata suami,mahupun sempurna di mata isteri. kerana kebahagiaan itu bermula dari hati..hati lah yang patut disentuh dahulu. menyentuh hati tak perlukan modal yang besar..tak perlu duit ringgit yang berbukit-bukit..tak perlukan emas berlian..cukup sekadar ciuman selamat malam, cukup sekadar ucapan terima kasih kepada isteri yang memasak makan malam walaupun penat balik dari kerja, cukup sekadar memuji sedikit masakan isteri walaupun tak kena dengan selera. tak perlu buat kerja rumah, tak perlu basuh kain,angkat kain,lipat kain..cukup sekadar tolong tengok2kan anak semasa isteri buat kerja rumah bagi meringankan beban isteri.cukup sekadar menghargai kerja keras isteri menguruskan rumahtangga walaupun sama penat dengan suami kerana pergi bekerja untuk membantu suami mencari rezeki. isteri juga bukan manusia sempurna..suami juga perlu disentuh hatinya. melayari hidup berumahtangga yang ada anginnya..aku juga tidak terlepas untuk menjadi isteri yang kurang sempurna. ada cacat gerak tariku di mata suami.aku akan terus belajar menjadi yang sempurna dimata suamiku,berjuang untuk mencari apa yang terkhilaf,berperang untuk mendekatkan rasa kasih kami sekeluarga untuk selamanya.doaku semoga tiada lagi cacat tariku dalam meniti hidup berumahtangga.. aminn..