Sunday, June 10, 2012

saya sangat rindu saat mengandung...

saya ingin sangat mengandung lagi.. tak sabar rasanya untuk menerima cahaya mata lagi :) semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga untuk menerima kehadiran baby baru. lepas gugur aritu, aku excited sangat nak mengandung lagi tapi dalam masa yang sama, takut pon ada. takut kandungan aku bermasalah dan menyebabkan keguguran lagi sekali. "ya Allah..permudahkanlah rezeki kami sekeluarga, berikanlah kami zuriat yang soleh dan solehah untuk mereka beriman kepadaMu" insyaAllah..doaku setiap hari :)

Wednesday, June 6, 2012

mencari bahagia pada sesuatu yang tidak sempurna

perkahwinan pada aku adalah perkongsian hidup .. perkongsian tersebut adalah melalui segala-galanya..duit ringgit, susah, senang, yg pahit,yg manis, sakit, pening,perasaan mahupun tanggungjawab. bila bergelar isteri, mencari kebahagiaan adalah bermaksud kebahagiaan bersama suami dan anak2. mencari kebahagiaan adalah memberi dan menerima bahagia yg mana kedua-duanya harus seimbang.Hubungan suami isteri adalah dua hala..berpihak pada satu, tak mungkin akan seimbang. bila terlebih memberi dan kurang menerima..sebagai manusia biasa, tak lepas dari mempersoalkan kebahagiaan. bahagia ke aku? dihargaikan aku? pentingkah aku? masihkah ada lagi perasaan yang sama seperti dahulu atau sekadar memenuhkan tanggungjawab yang telah dipikul sejak dari awal? manusia tak pernah sempurna..takkan ada manusia yang sempurna.tapi manusia harus belajar untuk menjadi sempurna sekurang-kurangnya untuk pasangan. sempurna dimata suami,mahupun sempurna di mata isteri. kerana kebahagiaan itu bermula dari hati..hati lah yang patut disentuh dahulu. menyentuh hati tak perlukan modal yang besar..tak perlu duit ringgit yang berbukit-bukit..tak perlukan emas berlian..cukup sekadar ciuman selamat malam, cukup sekadar ucapan terima kasih kepada isteri yang memasak makan malam walaupun penat balik dari kerja, cukup sekadar memuji sedikit masakan isteri walaupun tak kena dengan selera. tak perlu buat kerja rumah, tak perlu basuh kain,angkat kain,lipat kain..cukup sekadar tolong tengok2kan anak semasa isteri buat kerja rumah bagi meringankan beban isteri.cukup sekadar menghargai kerja keras isteri menguruskan rumahtangga walaupun sama penat dengan suami kerana pergi bekerja untuk membantu suami mencari rezeki. isteri juga bukan manusia sempurna..suami juga perlu disentuh hatinya. melayari hidup berumahtangga yang ada anginnya..aku juga tidak terlepas untuk menjadi isteri yang kurang sempurna. ada cacat gerak tariku di mata suami.aku akan terus belajar menjadi yang sempurna dimata suamiku,berjuang untuk mencari apa yang terkhilaf,berperang untuk mendekatkan rasa kasih kami sekeluarga untuk selamanya.doaku semoga tiada lagi cacat tariku dalam meniti hidup berumahtangga.. aminn..

Thursday, March 29, 2012

safaa khalida..

seindah nama..begitu juga harapan aku pada anak yang aku kandung. tapi..Allah hanya meminjamkan anak ini sementara di dalam rahim ku.

hanya 7 minggu..namun cukup untuk aku impikan wajahnya,namanya dan jantinanya.terima kasih ya Allah kerana meminjamkan kebahagiaan itu untuk aku,suami,affan dan ahli keluarga yang lain.Akan aku rakam setiap memori yang kami lalui sepanjang anak ini berada di dalam rahimku.

aku redha dengan ujianMu meski tak dapat mengelak perasaan terkilan kerana gagal untuk menjaga kandungan ku dengan baik.sesungguhnya aku bersyukur kerana aku tahu masih ada sayangMu pada kami sekeluarga dengan ujian ini. semoga anak itu menunggu aku dan suami di pintu syurga.

semoga kami lebih redha,syukur dan taat kepadaMu.

terima kasih Allah..

Thursday, February 16, 2012

together..

we're gonna get thru this hard time together..

just as what i have promised you 6 years ago..

i will always stand by yourside..giving you all my support.

ill never complaint ..ill never give up..coz i trust you.

my dearly husband..always remember this!!

Tuesday, January 3, 2012

apabila anak anda kena berak keras

baru-baru ni affan diserang berak keras..bukan sikit punya keras, sangat-sangat keras. meraung jangan cta la, seksa sangat tgk dia. mmg kesian setiap kali dia rasa macam nak u,uk tu..

aku cuba jugak bagi vitagen, ribena, makan betik..buat physio sendiri. tapi tak mau jugak n stool dia makin keras.

so, last sekali..aku pg caring pharmacy n beli lactulose syrup yg mmg khas untuk constipation. fungsinya adalah untuk melembutkan najis.Alhamdulilah, after 4 hours..Affan da bole u,uk dengan senang n dia tak meragam lagi.

mungkin kena tgk jugak solution jangka panjang tapi utk membantu baby kita, mabe bole try kalu kesian sangat tgk dorg. semalam aku jumpa PAED, so dia advice yg lactulose syrup ni takder side effect even kalu kita bg on off pon.dan juga bole digunakan walaupon baby baru lahir.

aku dapat tahu pasal syrup ni pon masa Affan umur 2 minggu dari PAED kat Hospital Pantai Ipoh.

so, selamat mencuba..

kenapa Ombak Rindu???

bagi pembaca novel tegar "Ombak Rindu" ni..mungkin ramai yg tak berpuas hati sbb jalan cerita n moment2 penting dalam novel tu tidak diselitkan. dan mungkin jugak bagi bukan pembaca novel "Ombak Rindu" ni, dorg rasa storyline cta ni mmg biasa sangat..typical malay story!

pada aku, senang je. memang fitrah sesetengah manusia suka sangat mengomen dan memperkecil-kecilkan hasil usaha, idea dan kerja org lain sedangkan bila hasil kerja diri sendiri dipertikaikan, mula melenting. bile da terlampau ramai yg kata cta ni bes sangat, dorg expect cta ni mst best..best ..best..sangat.

untuk filem melayu yg bertemakan cinta, yg mmg macam mustahil org nak pg wayang tgk sbb meluat dengan skrip2 dalam bahasa melayu yg nampak mcm geli-geleman..filem Ombak Rindu ni antara yg terbaik sebab tanpa bahasa-bahasa yg geli-geleman tersebut, filem ni mampu menzahirkan kasih sayang antara suami n isteri-isterinya ;)aku sendiri tak rasa meluat dgn dialog-dialog dlm cta ni yg pada aku sederhana jer.

mungkin pada sesetengah org,rasa membazir tgk wayang cta melayu..malu ble org tahu pg tgk wayang cta melayu..kesian org macam ni!!

dan sekali lagi..pada aku, senang je. aku pg tgk wayang sbb nak releasekan tensen aku n enjoy d moment..so long as jalan cta cerita tu ok, bes, tak berat sgt, tak mengantukkan aku, aku SUKA!!

jangan cepat sangat mengeji sebelum menilai kemampuan sendiri..