Thursday, March 29, 2012

safaa khalida..

seindah nama..begitu juga harapan aku pada anak yang aku kandung. tapi..Allah hanya meminjamkan anak ini sementara di dalam rahim ku.

hanya 7 minggu..namun cukup untuk aku impikan wajahnya,namanya dan jantinanya.terima kasih ya Allah kerana meminjamkan kebahagiaan itu untuk aku,suami,affan dan ahli keluarga yang lain.Akan aku rakam setiap memori yang kami lalui sepanjang anak ini berada di dalam rahimku.

aku redha dengan ujianMu meski tak dapat mengelak perasaan terkilan kerana gagal untuk menjaga kandungan ku dengan baik.sesungguhnya aku bersyukur kerana aku tahu masih ada sayangMu pada kami sekeluarga dengan ujian ini. semoga anak itu menunggu aku dan suami di pintu syurga.

semoga kami lebih redha,syukur dan taat kepadaMu.

terima kasih Allah..