Wednesday, June 24, 2009

doorgift arrangement

malam semalam aku pegi jupe orang yang akan wat doorgift aku..huhu. bincang punya bincang ( aku rasa mesti dia pon kesian tengok aku yg ala2 sengkek nie), dia pon setuju la nak wat doorgift tu within budget aku.
aku mmg teringin nak beli macam2 tapi ble pk2 balik, malas la nak bg sumthing yg orang tak guna & ada potential untuk dibuang ( walaupon apa yg aku bg ni org2 malas yg mabe tak guna tp confirm takan buang punya).aku cadang nak wat kaler light pink & putih..baru sesuai dgn tema kawen aku,hehe :)
apa yg penting skang kena confirm on sape yg nak wat design..huhu.aku nak design yg simple jer.
skang ni aku da bole stat wat kotak cute2 tu dalam 100 buah.waa..tak sabar rasanya nak dapat gaji untuk beli apa2 yg patut..huhu :)

opss..aku kena pg meeting ni. aduiii..stress sbb bos takder. so aku kena la pg sorg2.susah jugak ni sbb kalu salah advice..aku la kan yg kena belasah,hahaha :)

ok la..see yaa

UIA oh UIA..

rindunya nak blaja lagi..hehe :)

by the way..million congratulations to my beloved sister as u'r gonna be a part of UIA'ans.hehe..jangan malas2 da masuk U n keep up the good work.
Untuk Amer, this is not end of the world. mst ada rezeki lagi..kita usaha sama2.cepat dgn lambat jer bezanya..chaiyo!chaiyo!

my wedding preparation

preparation kawen aku..huhu :) excited kalu nak cta sume yg aku nak..tapi soalnya aku mampu tak nak dapatkan apa yg aku berangan tu. sume org nak yg d best utk wedding diaorg n sume org tu termasuk la aku..hehe.
  • baju nikah-mak yg akan jahit utk aku
  • baju sanding-mak jugak akan jahit utk aku (so meaningfull for both of us). Baju en.tunang akan ditempah di kedai.veil n tudung akan di beli sahaja..hehe. kain beli kat bandung.
  • pelamin-aku ingat nak amek kat makcik dekat umah aku tue..huhu.
  • hantaran & bunga paha - aku berangan nak guna bunga bunga kristal jer sebenarnya, tapi ble pk2 budget yg terpaksa dikeluarkan utk kristal jer..aku decide utk gabungkan bunga stoking & kristal (sebab aku tak suka bunga dip). sume ni akan diusahakan bersama2 oleh aku, mak n nila & kedua2 kakak ipar aku(especially yg takder baby lagi tue..hehe).
  • doorgift-malam ni aku nak jupe org yg wat doorgift aku tue..harap2 ok ler arrangement tue. utk VIP, aku terpaksa tambah lagi apa2 yg patut.
  • cadar-mabe cari kat Bandung..hehe.
  • langsir-kain mabe beli kat Bandung..kalu murah, suh dia jahit siap2.
  • kad kahwin-tempah dgn abg sekali..cari yg murah2 jer (nnt org buang jugak..tu yg stress tu.)

aku takleh nak beli pape lagi sbb aku nak tunggu pegi bandung..apa yg aku bole wat skang nie, imagine apa yg aku nak and rancang cara perbelanjaan aku yg mungkin di tahap kronik ble kat sana nnt..hahaha.

ikut kata ayah aku (setakat ni la..)

  • nikah- lepas asar pastu ada high-tea kat umah aku..
  • majlis berinai - malam tue dekat umah aku..ayah nak panggil kompang & wat montaj dalam umah jer, tapi aku riso gak..ada ker org nak dtng malam tue sbb sedara mara aku sumenyer baru jer gerak dari KL..
  • sanding- hari sabtu..

tengok summary agenda jer da penat belum kenduri lagi nie..hehe.

photographer?? aku pon ngah pening lagi ni. antara budget yg ciput dan gambar yg confirm cantekkk. mana satu pilihan aku..hahaha.

p/s: apsal aku tak leh nak upload gambar!!! stress..

Bulan Rejab menjelang tiba

Renung-renungkan & selamat beramal.. :)

Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”
Puasa 2 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya(sepanjang umurnya).”
Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa 100,000 tahun.”
Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalamsyurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”
Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.Makamulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

24th June 2009 bersamaan dengan 1 Rejab..

Thursday, June 18, 2009

INFLUENZA A (H1N1)

pagi2 lagi sampai opis..aku da memang teruja nak baca perkembangan virus influenza ni kat malaysia..tup,tup..malaysia first locally-transmitted H1N1 case!!!

dengan perasaan takut..aku pon try cari info2 lain yang mungkin lebih berguna untuk aku faham apa tue influenza..

rasanya ramai yg da tau apa gejala2 virus nie and macam mana nak elakkan penyakit ni dari terus berjangkit..banyak info dalam paper. but, people are still puzzle whether WHO has already manufactured the vaccine to restrict this virus from spreading? supprisingly the answer is no..& they need at least 4 months to manufactured the same (eventhough WHO declared H1N1 as pendamic)..what Malaysia has currently is anti-viral.what's the different between these two? ubat anti-viral digunakan untuk merawat pesakit yg dijangkiti virus manakala vaksin digunakan untuk menghalang penyebaran virus.dan mengikut info yang dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan,anti-viral ini akan dapat mengurangkan gejala2 H1N1 apabila diberi dalam masa yang tepat.
apa yang lebih merisokan aku..aku kan pegi keje naik LRT. so, peratus pendedahan aku kepada virus ni lebih tinggi dari org yg naik keta. ada yang kata..baik pakai mask tu utk protect diri kita ( even dalam LRT skang ni tak ramai lagi yang pakai) dan ada jugak yg kata, kalu da takdir nak kena..pakai mask pon kena jugak. tapi setau aku ( berdasarkan pengetahuan agama aku yg biasa2 nie), dalam islam pon mengalakkan kita berusaha dan seterusnya tawakal.so..lebih baik kita pakai mask tu..sebagai usaha kita untuk mengelakkan diri dari dijangkiti & menjadi medium penyebaran penyakit ni.
so..jom kita kempen pakai mask ramai2 & jangan lupa rajin2kan basuh tangan. agak2 malas nak pegi sink tue..beli la hand sanitizer tu. senang, sambil baring pon bole cuci tangan..hehe :)

MOH LER PAKE MASK RAMAI2!!! huhu..

Sunday, June 14, 2009

my saturday..our sunday!!

waa..bz sungguh aku wekend baru ni. bz tido..bz keluar jalan2 & bz menjahit..hehe :)

macam biasala..bile cuti sabtu ahad jer rasa macam nikmat yg tak terkira. walaupun badan penat, tapi otak tak penat.tu yg best tue..wekend baru nie, en.tunang balik kampung. so..ari sabtu tu aku ajak tok guru yg ajar aku wat blog nie kuar pegi jalan TAR. nasib cik kiree casio tu pon nak beli brg kahwin dia..so, mmg bes gler sbb dapat merayap tahap maksima..hehe.macam2 aku survey..

balik da penat2 tue..aku pon sibuk mengerjakan kertas keras yg aku beli untuk di buat kotak.macam2 la kan aku eksperimen..sampai la jadi kotak yg pada pandangan mata aku ni, bole tahan comelnyerr..!! hehe..sampai ke malam aku sibuk wat kotak. ble agak2 da boring tue, aku pon sambung wat keje tangan yg lain.jeng,jeng,jeng..mestilah jahitan sulam riben aku tue.hahaha..dan aku pon ralit buat sampai la ke lewat malam..sabtu pon habis.

hari ahad yg ceria..hahaha. psstt..arini aku nak pg shopping dgn en.tunang..yea!! dia balik awal dari Melaka sbb nak pegi shopping. aku beria2 kejar sale besar-besaran kedai emas dkt summer house tu ( sbb aku da survey semalam) konon takut habis la apa yg aku da berkenan,haha. malangnya cincin yg aku tgk tu tak muat dkt jari aku yg ala2 'comel' nie,haha ( bg adik-beradik aku yg faham maksud 'comel' tu jgn gelak erkk). so terpaksala amek yg mana muat..haha. tapi memang aku puas hati gler dgn harga yg aku dapat utk kedai emas tue. pengajaran yg aku dapat..tolong la beli barang2 hantaran time sale, memang untung!!!

sebelum tue..kitaorg da singgah dekat kedai City Chain dkt Maju Junction (tq nyah 4 d info) sbb nak kejar sale jugak. punya la lama survey ( berminggu2 da tgk kat kedai jam lain), akhirnya aku dapat jugak beli jam yg aku impi2kan selama aku bergelar penumpang tetap LRT Putra Malaysia..hehe. mana taknyer, setiap kali aku naik LRT sejak dari zaman belajar lagi..aku mmg mengidam nak beli jam Titus. hari2 aku ngadap dinding LRT yg penuh dgn gambar jam Titus tue..haha. kira berjaya jugakla taktik promotion company ni,hehe.memang happy tahap satria baja hitam la.."mekacih abg sbb support niat suci murni nad ni :) ".best giler sbb harga yg aku dapat semalam pon sgt2 la murah..(kalu mahal, mmg aku takan beli).

dan yg wat lagi bermakna hari aku semalam..en.tunang aku pon beli jenama macam aku. kiranya kami ada koleksi jenama hantaran yang sama :) jam & cincin..dua2 pon sama. pleasseeee, im not a brand obsessive. what matters to me is whether i can afford to pay for the price ( yerla..hidup kena berpijak pada bumi yg nyata). tapi utk brg2 kahwin,aku rasa kena ada brand consciouness sket la. but still..price is my greatest & highest concern. kalu jenama yg aku nak tu pon aku tak mampu..aku takan beli,hehe.

memang seronok rupanya membeli-belah nie..hahaha. sekarang ni aku ngah pening cena aku nak wat utk doorgift aku..macam2 dalam kepala aku ni tapi bab nak wat kelainan tu yg pening tue..haha.

ok la..nnt aku akan share hasil kerja tangan terbaru aku. skang ni..aku nak kumpul pattern untuk jahit ulat2 plak. mmg cantik kalu pandai jahit ( seperti biasa, mak aku la otai bab jahit ulat nie) & aku akan terus berusaha supaya aku akan jadi seotai mak aku..hahaha!!

p/s: agak2 mak tau tak apa yg aku tulis kat dalam nie...hahaha.

tata..

Monday, June 8, 2009

sulaman riben pertama aku..

SULAMAN RIBEN



web roses

Uncang pertama yang aku wat..lily & french knot

hari isnin yang malas..huhu. arini opis aku sunyi jer, menandakan ramai yang bercuti..buat kami2 yang takder anak lagi nie, terpaksala datang opis..huhu. walau malas, aku tetap kena teruskan beberapa jam yang masih bersisa ni.

well..hujung minggu yang sungguh indah. aku rasa epyy gler sbb dapat habiskan hujung minggu dgn macam2 cara & gaya,hehe. aku & en. tunang tersayang pegi jog seperti yg kami rancangkan..adik aku & bf dia pon join sekaki. da la taman tu besar, mmg rasa nak tercabut kaki aku nie..pas jog tue, kitaorg belasah pg kedai mamak plak ( ada makna ker jog kitaorg tadi,hahaah!!). da lepak lebih kurang, balik umah, siap2 & ke agenda seterusnya..main bowling,hehe. walaupon aku yg paling rendah jatuhan pin..takper, muka ayu kena maintain. nasib jer tue dowang kalahkan aku..hehe.malam tue..aku sempat lagi merayap dgn en.tunang ke care4 dan setelah penat yang malampau satu hari..aku pon tertido dgn nyenyak nyer..zzzzzzzzzz!!!! sabtu pon tamat..ahad???banyak masa aku lepak kat umah..masak & menjahit,hehe.en.tunang aku tue suka makan sardin roll aku,apa lagi..bersungguh2 aku wat utk dia semalam, nasib dia makan sampai habis..hehehe :) rasa bes ble dapat masakkan untuk dia n dia makan banyak2..hehe
skang nie aku ngah gler jahit sulaman riben. aku sangat bertuah sbb aku, mak n nila adalah se-geng bab2 menjahit ni. mak aku pon leh tahan, sbb dia otai bab2 menjahit nie..pantang betul bile tgk2 anak2 dia sibuk blaja jahitan baru. dia mmg semangat sket. dalam dia ngah bersemangat tue, aku pon apa lagi..cucukla dia beli buku baru,hehe :) dapat jugak aku pinjam tengok..

jahit nie senang jer..yg penting rajin. setakat ni aku da bole jahit smoking and manik. dua2 nie aku da amek upah. untuk jahit smoking..aku da amek upah sejak dari aku tingakatan 3 lagi..sampai lepas SPM aku tak amek da sbb aku gler jahit manik.sampai la skang, tapi sejak keje..aku terpaksa kurangkan gian aku sbb da takder masa nak amek upah. sat gi orang marah..aku jugak yg kena,hehe.

aku ada amek contoh sulaman riben yang aku maksudkan( tu kat atas tue)..aku mmg ada angan2 nak ada kedai jahit sendiri, tapi aku prefer jenis2 jahitan tangan. aku rasa puas ble dapat buat sendiri,hehe.harap jadi kenyataan jugak impian aku nie nnt..huhu.
doa2kan lah semoga impian murni aku nie terlaksana..hehehe.
ok la..tata.sayonara..huhu.

Thursday, June 4, 2009

Jumaat & Puding Triffle

pagi JUMAAT yang indahhh!!!

tak sabar rasanya nak tunggu jam aku tunjuk kul 5 sebab aku da bole balik umah,hehe..dan esok tak payah datang keje :) banyak plan dalam kepala aku ni untuk diisi sabtu ahad ni.dan antara plan utamanya ialah tdo puas2!! hehe..tapi memandangkan en.tunang aku tue suka bersukan, aku pon nak join dia berjogging jalan2 esok pagi..lebih sihat dan bertenaga untuk hari sabtu yang sibuk.

so..apa cta aku arini?? aku tau, ramai lelaki & wanita dekat malaysia ni yang suka makan puding. buktinya ble aku pegi makan buffet kat hotel...pantang ada cake/puding yang comel2 n nampak menyelerakan..memang laju jer habis.so,aku just nak share satu resipi puding triffle yang aku dapat dari mak aku.first time aku wat time jamuan hari raya kat opis..dan Alhamdulilah, tak banyak baki yg tinggal.sebab tu first time aku wat..aku mmg risau kalu tak jadi, tapi since ada org makan..aku consider jadi & sedap la..hikhik..

PUDING TRIFFLE

1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah)
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
½ cawan gula
1 ketul kek gulung pandan
2 peket jelly strawberry (aku pakai jelly Kristal nona)
1 3/4 cawan air panas

1. Potong kek gulung setebal ½ inci. Susun dalam bekas sehingga menutupi keseluruhan permukaan bekas ( sumbat kek tue dkt ruang2 yg kosong) Siram kek tadi dgn air cocktail sampai lembap. Jangan terlampau basah.
campurkan kastad, air dan gula. Masak atas api perlahan dan kacau sampai adunan kastad pekat dan kental.
masukkan adunan kastad atas kek tadi n biar sekejap sampai kastad beku.
masak jelly atas api dgn 1 3/4 cawan air panas.ble agak2 da ok..tutup api dan biar jelly sejuk sikit.pastu bole la di tuang atas lapisan kastad tadi.biar jelly beku sket pastu taburkan separuh buah cocktail td atas pudding.

Kuah caramel

2 tin susu cair ideal
½ cawan kastad
½ cawan air
½ cawan gula
2 biji kuning telur (di pukul dulu)

Kacau susu,gula,kastad dan air sampai mendidih atas api perlahan
Bila mendidih masukkan kuning telur
Masak sikit lagi.pastu siap da.
Campurkan separuh lagi buah cocktail td dalam kuah ni
Bole la di makan.lagi bes kalu makan sejuk2

puding ni sedap kalu dimakan dengan kuah caramel..tapi kalu rasa malas nak wat kuah nie, bole dimakan dengan yogurt jugak..n aku da try, memang sodap..huhu.

ramai jugak yg try wat tapi nnt kastard tue akan jadi lembik sbb sukatan tak betul..cuba korang try sukatan aku nie, seperti yg aku cakap tadi..even first time aku wat puding nie, kastard kira jadi la..memang tak lembik dan jelly tue cantik jer atas kastard.tapi 6 cawan air tue bukan mug yer..hehe. korang gunala lebih kurang macam cawan kopi zaman dulu2 tue, yang transparent tue..lebih kurg besar camtue la. kalu korg pakai mug, memang confirm lembik..hehehe.

okla..aku doakan all the best kepada mereka yg nak mencuba tue..!!! gud luck, huhuhu..

my first entry

waa..ni first time aku menulis dalam laman cyber ceni, memang teruja ;) walaupon zaman da serba-serbi canggih tapi kadang2 aku tertinggal gak dalam kecanggihan tue..
papepon mekacih la byk2 utk tuk guru yg ajar aku buat blog nie..dan utk en. tunang tersayang, pasni kita bole la wat entry blog sama2 kan..hehe :)
since ni first time aku menulis..bes jugak kalu share sket sejarah hidup aku dan perancangan masa depan,hehe.
well..aku dibesarkan di merata2 dan sejak 1997, aku da permanently menetap di Kuala Kangsar, Perak.habis secondary school, aku menambahkan ilmu didada sampai la aku dapat segulung ijazah.skang ni aku makan gaji dan aku harap tahun depan, company aku ni dapatla naikkan gaji aku sket..hehe.
status?? skang aku da bertunang dan insyaAllah,hujung bulan oct nie..aku akan bergelar isteri :) perasaan?? happy..excited..tapi ble pk tanggungjawab + dosa pahala aku sebagai isteri nnt = takut jugak..
ok la..banyak lagi aku nak share di hari2 yang akan datang :)

see ya,tata..