Thursday, June 4, 2009

Jumaat & Puding Triffle

pagi JUMAAT yang indahhh!!!

tak sabar rasanya nak tunggu jam aku tunjuk kul 5 sebab aku da bole balik umah,hehe..dan esok tak payah datang keje :) banyak plan dalam kepala aku ni untuk diisi sabtu ahad ni.dan antara plan utamanya ialah tdo puas2!! hehe..tapi memandangkan en.tunang aku tue suka bersukan, aku pon nak join dia berjogging jalan2 esok pagi..lebih sihat dan bertenaga untuk hari sabtu yang sibuk.

so..apa cta aku arini?? aku tau, ramai lelaki & wanita dekat malaysia ni yang suka makan puding. buktinya ble aku pegi makan buffet kat hotel...pantang ada cake/puding yang comel2 n nampak menyelerakan..memang laju jer habis.so,aku just nak share satu resipi puding triffle yang aku dapat dari mak aku.first time aku wat time jamuan hari raya kat opis..dan Alhamdulilah, tak banyak baki yg tinggal.sebab tu first time aku wat..aku mmg risau kalu tak jadi, tapi since ada org makan..aku consider jadi & sedap la..hikhik..

PUDING TRIFFLE

1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah)
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
½ cawan gula
1 ketul kek gulung pandan
2 peket jelly strawberry (aku pakai jelly Kristal nona)
1 3/4 cawan air panas

1. Potong kek gulung setebal ½ inci. Susun dalam bekas sehingga menutupi keseluruhan permukaan bekas ( sumbat kek tue dkt ruang2 yg kosong) Siram kek tadi dgn air cocktail sampai lembap. Jangan terlampau basah.
campurkan kastad, air dan gula. Masak atas api perlahan dan kacau sampai adunan kastad pekat dan kental.
masukkan adunan kastad atas kek tadi n biar sekejap sampai kastad beku.
masak jelly atas api dgn 1 3/4 cawan air panas.ble agak2 da ok..tutup api dan biar jelly sejuk sikit.pastu bole la di tuang atas lapisan kastad tadi.biar jelly beku sket pastu taburkan separuh buah cocktail td atas pudding.

Kuah caramel

2 tin susu cair ideal
½ cawan kastad
½ cawan air
½ cawan gula
2 biji kuning telur (di pukul dulu)

Kacau susu,gula,kastad dan air sampai mendidih atas api perlahan
Bila mendidih masukkan kuning telur
Masak sikit lagi.pastu siap da.
Campurkan separuh lagi buah cocktail td dalam kuah ni
Bole la di makan.lagi bes kalu makan sejuk2

puding ni sedap kalu dimakan dengan kuah caramel..tapi kalu rasa malas nak wat kuah nie, bole dimakan dengan yogurt jugak..n aku da try, memang sodap..huhu.

ramai jugak yg try wat tapi nnt kastard tue akan jadi lembik sbb sukatan tak betul..cuba korang try sukatan aku nie, seperti yg aku cakap tadi..even first time aku wat puding nie, kastard kira jadi la..memang tak lembik dan jelly tue cantik jer atas kastard.tapi 6 cawan air tue bukan mug yer..hehe. korang gunala lebih kurang macam cawan kopi zaman dulu2 tue, yang transparent tue..lebih kurg besar camtue la. kalu korg pakai mug, memang confirm lembik..hehehe.

okla..aku doakan all the best kepada mereka yg nak mencuba tue..!!! gud luck, huhuhu..

No comments:

Post a Comment