Sunday, July 12, 2009

suami yg soleh & isteri yang solehah

sabtu & ahad yang lepas..aku dan en.tunang pegi kursus kahwin..

memang banyak yg aku belajar..antara yg aku tak tahu, aku tahu tapi buat2 tak tahu dan begitu jugak dgn en.tunang aku..

kadang-kadang..aku tertanya jugak, bole ker aku jadi isteri yg solehah..ibarat kata ustaz,taat & tidak ingkar perintah suami hatta masak selain dari yg suami mintak..jatuh hukum derhaka.gerun aku dengar sbb hakikatnya..aku mmg tak reti masak sume yg dia suka makan.kata2 suami adalah perintah dan kata2 isteri adalah permintaan..macam mana kalu aku nak balik rumah mak aku?

dan itu jugak la penting kata ustaz untuk jadi suami yang waras dan bertimbang rasa..sesungguhnya, dalam hati mana-mana wanita dalam dunia nie yg akan bergelar isteri ataupun yg sudah bergelar isteri..untuk jadi yg terbaik,terunggul,tercantik dan teristimewa di mata suami.segala apa yg kita buat, pakai, cakap adalah untuk menyenangkan hati suami. walaupon aku belum bergelar isteri..tapi aku da lama tanam perkara ni dalam hati supaya ble aku da kawen nanti takder la aku terasa susah untuk wat tanggungjawab sebagai isteri. walau ramai yg kata..belum kahwin,belum ada hak..tapi aku pandang macam ni. sume manusia adalah khalifah Allah, kalu bukan dia sekalipon..kalu apa yg disuruh itu adalah perkara yg menurut perintah syara'..tak salah kalu kita ikut. tapi kalu buat semata2 kerana dia, kerana cinta dunia..itu yg salah.

tapi sebagai manusia biasa yg tak dapat lari dari kelemahan..im not perfect no matter how much i try to be completely perfect for him. kadang-kadang ble marah tak sempat nak pk..kadang-kadang cakap tak sempat nak tapis..kadang-kadang perlakuan tak dapat nak control..semuanya sebab kelemahan aku sebagai manusia. ble aku da sedar..da waras..menyesal subhanaAllah, tak bole nak cta macam mana.tapi..sebab aku tetap manusia biasa. yang pasti..kelemahan sebagai manusia bukan alasan untuk aku mengulangi perbuatan yg salah dan aku harap, setiap yang terjadi..yg salah dan yg betul..dalam kehidupan aku sebagai suami isteri nanti akan dijadikan teladan dan panduan. baik suami ataupun isteri..dua2 kena amek pengajaran. sbb kalu hanya satu pihak yg ada usaha untuk berubah, keadaan tetap akan sama.

apa jua kekurangan aku sebagai insan..aku akan sentiasa cuba perbaiki dan menyiapkan diri dengan tawakal & redha sebelum bergelar isteri.insyaAllah..

terima kasih kepada pihak pentadbiran agama di Malaysia kerana mewajibkan kursus kahwin.

yang pasti..ilmu yg kami perolehi, sangat bermakna & berguna untuk panduan dunia akhirat.berbanding sehari setengah yg kami habiskan untuk kursus nie,aku rasa ilmu yg kami dapat lebih dari masa yg kami habiskan.Alhamdulilah...

Memang berbaloiii.... :)

1 comment:

  1. perlukan khidmat jurugambar?
    kami mengalu-alukan anda untuk melayari web kami http://colourliciousphotography.blogspot.com untuk lebih lanjut.

    kami sedang mengadakan promotion dan kami juga menyediakan pakej ekonomi tetapi amat berkualiti.
    thanks.

    ReplyDelete