Tuesday, November 4, 2014

To UK with love = Paris Part 1 (pengalaman dan tips)

fikir..hitung..dan kira,kami tekad untuk bercuti ke UK dengan membawa affan dan ayra :) banyak yang kami congak..tapi bila fikir kembali,pengalaman dan kenangan takkan dapat kita beli.so..here we come London!!

Berbulan lamanya aku suami isteri mengulang kaji pak google,blog2,dan juga laman web airlines yg berkaitan.akhirnya kami sepakat untuk beli tiket qatar airways ke Paris dengan harga lbh kurang RM7,600 return untuk kami 4 beranak. kadarnya jauh lebih murah dari direct flight ke london. Untuk yang membawa anak kecil seperti kami,memang lbh baik ambil tiket transit sebab kita bole bagi anak-anak berlari dan bebas semasa transit.Flight kami akan transit di Doha selama lbh kurang 2 jam.

Adalah juga buat beberapa persiapan untuk ke sana memandangkan ketika itu adalah musim luruh dan adik aku kata kdg2 suhu mencecah 7•c di Sheffield. Jadi ada jugalah kami membeli long john sehelai seorang dan beberapa baju tangan panjang untuk affan  dan ayra.

Masa yang ditunggu2 da tiba..so,lbh kurang pukul 4pg kami bertolak dari Sg.Buloh ke airport. Kami cuma bawak 2 stroller, 2 begpack dan satu beg kecik untuk dibawa dalam flight.baju pon cuma bawa 3 helai sorg sbb beg penuh isi susu anak2 :)Jangan di lupa bawa bersama minyak angin (aku bawak minyak yuyi) dan pleaseeee consult doctor before going untuk bekalan ubat-ubatan semasa di sana.Bagi musim luruh, doktor akan bekalkan ubat alahan dan juga ubat untuk constipation sebab bile cuaca sejuk, kita akan susah membuang. Aku juga bawa bersama sedikit bekalan makanan especially chocolate,cookies and energy bar just to make sure that anak-anak takkan lapar semasa di sana. Manala tahu kot-kot susah na cari tempat makan.

sampai di KLIA,kami pg wrap begpack dan buat bagdrop mcm biasa.sementara menunggu boarding time,kami wash up anak2 dan terus ke terminal.

alhamdulilah..kerana affan dan ayra,banyak prosedur yg kami dpt skip dan selalunya dapat priority.

Next posting aku akan share pengalaman naik qatar airways dan saat kali pertama jejakkan kaki di bumi Paris.

tunggu ya :)

1 comment:

  1. Hey. Berapa punya lama da nak tunggu. Cepat sikit cerita. Basi sudah nanti. Huhuhu

    ReplyDelete