Thursday, December 23, 2010

majlis cukur jambul "hero" kami

salam allz...

affan nazran da berusia 2 bulan 6 hari..seronoknya ble tengok anak membesar depan mata. walaupun banyak cabaran dan liku-liku perubahan yang aku dan en.suami alami, tapi alhamdulilah,kami masih tersenyum bahagia setiap hari.

esok..insyaAllah nak buat cukur jambul di Kuala Kangsar.

advise aku untuk ibu-ibu yang bakal bersalin..persediaan yang paling penting bukan untuk bersalin sahaja tapi mental preparation selepas bersalin. dua minggu yang pertama, everything looks very completed. especially ble badan masih sakit, berjalan pun tak boleh, anak nak kena jaga, rest mmg tak pernah cukup sejak ari pertama baby lahir.trauma sakit bersalin pun ada jugak tau..tapi semuanya akan kembali normal selepas itu, tambah-tambah ble badan kita da kuat.so..dun wori so much. if you think you need to cry, just cry.sebab hyperstress after delivery bole cause condition yg lebih teruk. so..selawat banyak2 n mohon pada Allah :) sebelum bersalin dulu, memang aku rasa apsal la nak stress2 pas bersalin.kan best tu dapat baby..comel, cute,hehe. tapi lepas aku rasa sendiri..baru aku faham kenapa n plz..its normal for normal lady,heee..

walaupun masa tdo skunk hanya separuh dari masa tido sebelum ni..tapi aku bahagia bergelar ibu.

salam..

Friday, October 22, 2010

Our little prince..alhamdulilah :)



Affan Nazran bin Mohd Nubairi
18/10/2010
2.20 pm
Damansara Damai Medical center

Syukur Alhamdulilah atas kurniaan Allah untuk aku dan suami. tak tergambar dengan perkataan dan tak terucap dengan kata-kata hadiah yang Allah anugerahkan untuk kami. semoga kasih sayang kami sekeluarga akan kekal untuk selamanya..syukur ya Allah.

Sunday, October 17, 2010

terima kasih daun keladi..hikhik




jeng..jeng..jeng

ni la hasil gabungan baby court dan tilam baby court yang di import dari Melaka dan Perak..huhu.

terima kasih banyak-banyak kepada mak ayah kuala dan melaka atas sponsorship yang diberikan.lepas ni giliran adik-beradik plak sbb stroller tak beli lagi..haha.da nampak yang berkenan tadi..

tak sabar rasanya nak guna baby court ni..hee. sayang, cepat la keluar :)

Saturday, October 16, 2010

lunch & dinner di rumah..

menu hari sabtu..

Ayam goreng rempah dan ikan bawal masak taucu..

suka ble tgk en.suami makan dgn penuh berselera,hehe.kesian en.suami sbb da seminggu makan kat luar jer,lagipon nnt aku nak berpantang lama..ari2 en.suami kena makan luar.jadi,aku akan mengagahkan diri untuk masak apa yg patut weekend ni.masak yg simple2 je,yg penting masak sendiri..huuu..

Thursday, October 14, 2010

"ble anak ayah nak kuar ni..ayah da tak sabar da"

Ni la yang hari-hari aku dengar dari en.suami..da tak sabar nak jupe 'anak ayah' dalam perut aku ni,huuu. ari sabtu lepas, dia beli pistol tembak2 sebabnya ble anak keluar nanti,senang da ada banyak mainan..ermm, ye la tu sebab sedar2 dia da main dulu..huhu :)

klau ikutkan kiraan EDD, minggu ni da 38 minggu. isnin depan da 39 minggu..aku mmg asyik membilang ari jer. kalu bole, rasa nak jer cepat2 bersalin sebab rupanya da hujung2 ni..mcm2 rasa sakit plak aku rasa. memula dengan jangkitan kencing kotor (dr kata sebab baby aku besar, so ada back flow sket),sakit belakang belah kiri ni memang serius tak tipu, sakit sangat2. rasa macam nak pitam pon ada..ble aku da amek antibiotik,alhamdulilah..banyak da reduce. tapi skunk aku da stat sakit ari-ari, sakit pinggang..especially ble duduk lama2,nak bangun tu..sume bahagian la sakit.huuu.

member2 aku kat opis ni sume macam da tak sanggup tengok aku terhuyung-hayang bawak perut yang mmg besar ni..orang tgk pon mengah,hehe. siap ada yg offer nak sediakan troli kalu aku da tak larat jalan..hahaha :)

last two week, doc kata baby aku bole tahan besar jugak.waktu tu..berat baby da 3 kg and aku still ada lagi 4 minggu before EDD. baby biasanya akan membesar dalam 200 gram setiap minggu, so doc estimate dalam 3.8kg on the EDD. Doc kata baby with 3.6kg and above da declare as baby besar..huhu..

suprisingly, last week check up..my baby da 3.4kg..huuu, meaning my baby naik 400gram per week :) esok next check up..tak sabar rasanya nak tahu berat baby. tapi this week aku da tak minum susu and makan obimin,harap2 tak banyak sgt pertambahan macam minggu lepas sbb doc kata, baby besar ada risiko untuk caesarean.

apapun..kalu da takdir, nak wat cena kan..mak pun cakap, redha jer la sebab Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. yg penting, aku harap proses bersalin aku dipermudahkan walau dalam mana cara sekalipun. berdebar?? sangat-sangat..tapi tak bole nak express. lagipun, da hujung2 ni..kena jaga B.P, tak bole stress..jadi bayangkan yg indah2 jer..huhu.

so..doakan la semoga aku cepat dan selamat bersalin. tak sabar da nak jupe anak mak & ayah ni..huuuuu.

Monday, September 6, 2010

meaningfull wishes..

Thank you so much for the meaningfull wishes for my birthday..
I need nothing except your love, trust and thought..
I'm gratefull for all the endless happiness..alhamdulilah :)
it is my hope that we will never change through the passage of time..
insyaAllah..


from your wife..

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Pejam celik..pejam celik..da dekat nak raya rupanya :) lagi 6 hari berakhirlah bulan Ramadhan dan bulan Syawal pon akan menjelang tiba. alhamdulilah..

macam-macam perasaan ada, bercampur-baur. excited sebab ni merupakan kali pertama aku beraya dengan en.suami, raya pertama bergelar isteri dan raya pertama sebagai bakal ibu untuk anak yang da berusia 8 bulan dalam perut aku skunk ni :) terasa syahdunya ble terpk betapa besar rahmat Allah untuk aku sebab dapat beraya bersama org2 yg paling bermakna dalam hidup aku.

sedin pon ada jugak sebab buat pertama kali dalam hidup aku..aku tak beraya dengan mak ayah aku sbb tahun ni giliran beraya di rumah mertua.tak tau la keadaan aku cena pagi raya tue..huuuuu.kalu terpk skunk ni jer pon, aku da rasa sebak2 da..over kan :)takperla..second day tu aku akan cover makan ayam golek..nyum,nyum. jangan ada yg kat umah tu tibai sume da la..

semoga syawal yang bakal menjelang tiba ni akan membawa sinar kebahagiaan dan kesejahteraan untuk kami sekeluarga..aminn.