Sunday, April 11, 2010

Peranan Suami ketika Isteri Mengandung

1. Kongsi maklumat kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah.

Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.

Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri.

Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.

Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda.


2. Jaga pemakanan isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya.

Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya.

Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu.

Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.

3. Hindari stres
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah.

Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.

Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil.

Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.

4. Temani berjumpa doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai.

Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.

Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan.

Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.

Adab-adab isteri terhadap suami ketika sedang mengandung

•Mentaati, menghormati dan mengasihi suami
•Jika terasa hendak memarahi suami, tahan perasaan itu dan bertenang serta bersabar
•Tidak cerewet dan membuat banyak kerenah terhadap suami dan rumahtangga
•Jaga perasaan, jangan sampai mencintai orang lain selain suami, kerana nanti bakal melahirkan anak yang curang dan suka berasmara serta bergaul bebas
"nauzubillah..."
•Jaga lidah, jangan mengumpat, mencaci suami atau keluarganya atau orang lain
•Jaga mata daripada melihat lelaki lain selain suami. Jangan keluar rumah tanpa izin suami
•Menghargai pendapat, nasihat dan pandangan suami serta ibu bapa suami
•Jangan meminta perkara yang tak mampu disediakan suami
•Sentiasa meminta kemaafan daripada suami

" Panduan untuk diri sendiri dan suami...semoga aku dapat terus perbaiki kelemahan diri.."

Tuesday, April 6, 2010

tak habis2 loya and mabuk...

uishhh..stress jugak aku sepanjang arini. asyik loya and mabuk jer, sume pon aku bau rasa busuk sangat especially fud..
perut plak berangin tak stop2..rasa nak keluar tapi tak keluar,aduyaii....
tak tau la cena aku nak naik lrt 40 min nie..naik lift 4 minit pon aku rasa cam nak pitam...adooiii.. :(
cepatla sampai umah..aku nak rest sgt2 da nie..huhu

Friday, April 2, 2010

projek masak-memasak ketika annual leave

since aku preggy nie..jarang bangat aku masuk dapur. dulu,pantang cuti jer..mula la aku wat eksperimen mcm2 kat dapur tue. tapi skang nie, aku rasa bau dapur n peti ais sangat pelik dan memualkan..yerkk!!

sian kat suami aku..hari2 kena makan kedai :( ("sowyyy darling")

tapi semalam..ntah macam mana aku ada semangat nak masak plak. so..apa lagi, aku amek kain tudung, ikat kat hidung..dan barula aku bole masak dgn tenang (bak kata adik aku, da macam ninja,hehehe)

so..menu semalam, kari daging, ikan kembung goreng garing2, goreng ikan masin sepat dan tak ketinggalan, sambal belacan..pergghhhh, memang layan habis :)

Since aku masih bercuti hari nie, lunch tadi aku sempat la masak yg simple2 untuk aku & adik..ayang goreng & sambal ikan bilis kentang.

aku harap2 perasaan mabuk yg teruk nie akan hilang ble aku masuk 3 bulan nnt..huuuuu,perut aku besar macam da 4,5 bulan..ramai yg tak percaya ble aku cakap baru 2 bulan,hehe..

so..itu jer cta utk hari nie.

p/s : al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi..

Tuesday, March 30, 2010

exhausted..tired..fatigued..

macam2 penat yg aku rasa lately ni..

a)PENAT TUBUH BADAN-jalan banyak sket, kerja berat sket, angkat barang sket, kurang tido & rest,panjat tangga byk2 kali..sume wat aku penat. padahal sebelum nie aku ok jer, da banyak lemak agaknyer..hehe

b) PENAT MIND- keje opis lagi, keje umah lagi etc..memang penat!!sume nak kena pk..

c)PENAT HATI- hati aku penat jaga hati orang..kdg2 nak jugak rasa org jaga hati kita,huhu. demanding? sensitif? fitrah manusia terutama ble wujud yg (a)&(b) tue.

so..minggu ni adalah minggu yg penat! hopefully..nex week sume akan jadi normal semula..huhu.

:)

Thursday, March 18, 2010

BBQ RESTAURANT..

jom cuba ramai-ramai..berdekatan dengan DAMANSARA DAMAI MEDICAL CENTER. RM15 p/head.. ALL you can eat :)

HOME MADE RECIPES...

alhamdulilah..syukur atas nikmatNya

alhamdulilah..aku dan suami sgt2 bersyukur ble aku disahkan mengandung 4 minggu. macam tak percaya ada nyawa lain dalam perut aku :) semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..

btw, untuk bakal-bakal ibu yg lain..aku pon rasa macam yg korang rasa sekarang nie. tiap2 bulan ternanti2 samada lekat ker tak..memang tensen ble tup tup, uzur plak bulan tue..

tanda-tanda awal yg aku bole share..peningkatan suhu badan. dalam satu website yg aku baca, few days after ovulation day kita, suhu badan akn terus meningkat n suhu tue takan turun2 da sampai la kita bersalik sok. so, 2 hari selepas masa subur sehingga la disahkan hamil..suhu badan aku memang agak tinggi and badan pon rasa demam tak demam. tapi kalu tanda-tanda lain tue tak rasa sangat sbb aku dapat tau tu pon awal lagi, baru 4 minggu. tapi ble masuk minggu ke 5 & 6, memang loya, letih,etc tu da start rasa da..perghh, memang mencabar tau :)

tapi..bak kata mak aku..segala macam kepayahan dan kesulitan yg kita alami selama mengandung nie ubatnya satu jer..sentiasa redha dan nikmati saat2 nak bergelar ibu nie.aku pon masih blaja untuk sesuai kan diri dgn keadaan baru (sbb sume yg aku suka makan aku da tak suka walaupon setakat terbayang jer..hehe.)

waa....rindunya nak makan pajeri nenas...huhu :)see yaa..